10.2 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
π10.2 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
π Maksud DSKP?
- Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran.
- DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP), dan Standard Prestasi (SPi).
π Mengapakah DSKP dilaksanakan?
- Ekuiti dan Kualiti :
- Memastikan kurikulum dan pentaksiran di sekolah mempunyai tahap capaian yang terbaik.
- Kurikulum merangkumi kandungan, pedagogi dan pentaksiran.
- Akauntabiliti :
- Memastikan semua murid melepasi piawaian standard.
- Mengatasi masalah keciciran pembelajaran.
- Piawaian Pengukuran :
- Membantu memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses PdP.
- Penetapan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu diukur.
- Mengenalpasti strategi penambahbaharuan dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
- Guru membuat RPT dan RPH berdasarkan garis panduan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP), dan Standard Prestasi (SPi) yang terkandung dalam DSKP.
- Guru melaksanakan PdP dan menjalankan pentaksiran dengan merujuk satu dokumen sahaja.
- Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Standard Prestasi (SPi).
π10.2.1 Rancangan Pengajaran Guru Berdasarkan DSKP
π10.2.2 Menterjemahkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kepada Rancangan Pengajaran.
π10.2.3 Konsep Rancangan Pengajaran :
Suatu pelan yang bertindak yang disediakan oleh guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi tahun akademik semasa berdasarkan dokumen rasmi yang diwartakan sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
1. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) :
- Guru-guru wajib menyediakan RPT mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan (190 hari persekolahan bersamaan dengan 43 minggu) untuk menyusun agihan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi sepertimana yang terdapat dalam DSKP.
- Guru-guru dapat menentukan tahap dimana tajuk dan kandungan diajar, kaedah dan strategi serta sumber/bahan pengajaran ditetapkan.
- Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran bagi satu minggu.
- Skop kandungan yang dimuatkan, kepentingan dan jangka masa yang ditetapkan.
- Urutan isi kandungan yang hendak diajarkan.
- Kesinambungan isi kandungan bagi setiap waktu pengajaran dan pembelajaran.
- Integrasi semua perkara yang perlu diajar : elemen merentas kurikulum (ilmu, nilai, teknologi, kreativiti, bahasa, keusahawanan, kemahiran)
- Satu dokumen rasmi berupa rekod khas bertulis yang disediakan oleh guru sebelum melaksanakan aktiviti pengajarandan pembelajaran.
- RPH yang dibina mestilah selari dengan maklumat yang terkandung dalam RPT.
- Maklumat yang perlu ada :
- 1) Maklumat asas : Tarikh & hari, masa, kelas, subjek, tema, standard kandungan, standard pembelajaran, hasil pembelajaran, kaedah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar (BBM), penilaian, pengetahuan sedia ada dan elemen merentas kurikulum.
- 2) Maklumat aktiviti pengajaran dan pembelajaran : langkah/fasa, masa, aktiviti pengajaran & pembelajaran dan catatan. Aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan model pembelajaran yang dipilih. model pembelajaran masteri, model pembelajaran konstruktivisme, model pembelajaran ikuiri, model pembelajaran berasas projek dan lain-lain lagi.
Comments
Post a Comment