10.1 Konsep & Pengertian Kurikulum dan pengajaran




i. Kurikulum Rasmi :
  • Dikenali sebagai kurikulum kebangsaan/ideal.
  • Mengandungi ciri-ciri ideal dari sedi matlamat, pelaksanaan dan penilaian.
  • Dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia bagi sekolah rendah dan menengah seperti KSSR dan KSSM.


ii. Kurikulum Kebangsaan : 


 

  • Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kokurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai, dan unsur kebudayaan dan kepercayaan.  
  • Ia membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

iii. Kurikulum Sekolah :


  • Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan.
  • Kurikulum sekolah meliputi Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), dan kandungan mata pelajaran serta kegiatan pembelajaran di bilik darjah.
  • Ia juga meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti sukan, persatuan, dan unit beruniform.


iv. Kurikulum Sebenar : 



  • Kurikulum formal dan tidak formal yang dioperasikan dalam bilik darjah.


v. Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran :



  • Dokumen rasmi tentang pelaksanaa pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum, pembelajaran dan pentaksiran.
  • Kurikulum, pembelajaran dan pentaksiran ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Bertujuan membantu memudahkan guru mengatur kandungan, proses pengajaran, dan pembelajaran (PdP) serta melaksanakan pentaksiran.


vi. Standard Kandungan : 



  • Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut tahu dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai.


vii. Standard Pembelajaran :



  • Satu indikator/kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


viii. Standard Prestasi :


  •  Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai.


Comments

Popular Posts